Main Menu
Daily Fresh Products
Frozen Food Products







 
Find a Product:
Kepada semua pelanggan yang dihormati,

Today Bakeries Products (Klang) Sdn Bhd ingin memohon maaf ke atas kesulitan dan kekeliruan yang telah berlaku berkaitan pensijilan Halal untuk produk Sweetie sejak kebelakangan ini.

Adalah dimaklumkan bahawa Today Bakeries Products (Klang) Sdn Bhd menjadi pemegang sijil Halal sejak tahun1998. Selama ini, kami memastikan bahan ramuan dan proses pengendalian makanan syarikat kami keseluruhannya mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Sijil halal Today Bakeries Products (Klang) Sdn Bhd yang telah digantung oleh pihak Bahagian Hub Halal, JAKIM pada 13 Ogos 2015 adalah disebabkan perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia tetapi BUKAN disebabkan adanya pengunaan bahan mentah haram.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada surat terkini dari pihak Bahagian Hub Halal, JAKIM (Rujukan: JAKIM.900-10/3) bertarikh 19 Oktober 2015, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hab Halal, JAKIM telah memutuskan untuk memulangkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setelah berpuas hati di atas segala tindakan pembetulan yang telah diambil oleh pihak kilang kami. Sijil Pengesahan Halal syarikat yang dikembalikan ialah Sijil Pengesahan Halal (No. Siri : A22413, A22414, 30397). Produk tersebut ialah Sweetie Little Bun Koko, Pandan Kaya, Kacang Merah, Bunie Sandwic.

Untuk mengukuhkan lagi pematuhan berterusan keperluan pensijilan halal, pihak kami telah diarahkan oleh pihak Bahagian Hub Halal, JAKIM untuk membangunkan Sistem Pengurusan Jaminan Halal (Halal Assurance Management System) sebagai komitmen syarikat sendiri untuk memastikan yang keperluan pensijilan Halal dipatuhi. Kami memberi jaminan bahawa bahan ramuan dan proses pengendalian makanan syarikat kami keseluruhannya akan terus mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap produk Sweetie.

Pihak Pengurusan Today Bakeries Products (Klang) Sdn Bhd